Terma Tempahan
Terma & Syarat Perkhidmatan
Terma & Tempahan
DEPOSIT & BAYARAN
- •Photo — 1 Hari RM250, 2 Hari RM250, 3 Hari RM350.
- •Video sahaja — 1 Hari RM250, 2 Hari RM250, 3 Hari RM350.
- •Photo & Video — 1 Hari RM500, 2 Hari RM500, 3 Hari RM700.
- •Baki 70% perlu dijelaskan 7 hari sebelum majlis.
- •Baki 30% dijelaskan selepas majlis.
- •Tempahan untuk majlis kurang 7 hari: bayaran 70% dijelaskan semasa tempahan.
PEMBATALAN
- •Deposit booking TIDAK akan dipulangkan.
- •Pembatalan selepas bayaran 70% / penuh: deposit hangus, namun bayaran lain (selepas tolak deposit) dipulangkan ikut tempoh notis sebelum tarikh majlis:
- •1 bulan atau lebih: 100% bayaran lain dipulangkan.
- •Kurang 1 bulan: 50% bayaran lain dipulangkan.
- •Kurang 7 hari: tiada pulangan.
- •Setiap pembatalan / penangguhan perlu dimaklumkan secara bertulis (surat atau mesej WhatsApp) untuk direkodkan.
TUKAR BERTARIKH
- •Penukaran tarikh kali pertama tidak dikenakan caj. Penukaran kali kedua dan seterusnya dikenakan penalti RM50.
- •Penukaran tarikh perlu dimaklumkan selewat-lewatnya 1 bulan awal sebelum majlis. Jika kurang dari 1 bulan, penalti RM50 dikenakan.
- •Jika tukar ke HOT DATE (jika vendor tersedia) dikenakan penalti RM50.
- •Penalti boleh bertindih. Contohnya : maklumkan kurang dari 1 bulan DAN tukar ke HOTDATE dikenakan RM100 (RM150 jika ini penukaran kali kedua). Jumlah caj penalti akan ditambah ke dalam invois.
TUKAR TANPA TARIKH
- •Majlis yang ditukar tanpa tarikh baharu. Pelanggan diberi tempoh 6 bulan dari tarikh penangguhan dimaklumkan untuk menetapkan tarikh baharu.
- •Sepanjang tempoh tersebut, tempahan dan semua bayaran kekal sah dan dibawa ke tarikh baharu, tiada deposit baharu.
- •Deposit kekal selama 6 bulan, namun jurugambar/videografer yang dipilih akan dilepaskan. Bila tarikh baharu ditetapkan, jurugambar/videografer asal diutamakan jika masih tersedia; jika tidak tersedia, jurugambar/videografer lain yang setara akan ditugaskan.
- •Jika tarikh baharu sudah PENUH (tiada jurugambar/videografer tersedia), deposit dipulangkan 30% daripada nilai deposit yang telah dibayar; bayaran lain selain deposit dipulangkan penuh.
- •Jika tarikh baharu tidak ditetapkan dalam tempoh 6 bulan, tempahan dianggap DIBATALKAN dan terma pembatalan terpakai (notis dikira dari tarikh penangguhan dimaklumkan).
- •Jika ingin sambung tempahan dengan tarikh baharu selepas tempoh 6 bulan, penalti RM100 dikenakan untuk lock tarikh baharu.
PENGHANTARAN GAMBAR & VIDEO
- •Gambar akan diberikan selewatnya 1 minggu selepas majlis, kecuali HOT DATE.
- •Editing hanya melibatkan brightness, warm & contrast sahaja. Tiada major editing (edit kurus, buang objek dalam gambar, edit veil kedut).
- •Pakej yang melibatkan VIDEO akan siap dalam tempoh maksimum 2 bulan.
- •Pakej yang melibatkan PHOTOBOOK / ALBUM akan siap selewatnya 90 hari selepas majlis (bagi yang tempah).
- •Link Google Drive akan dipadam dalam tempoh sebulan selepas link diberikan. RE-UPLOAD dikenakan caj RM50.
TRANSPORT
- •Caj transport jurugambar/videografer dikira dari pangkalan vendor ke lokasi majlis pada kadar RM1/km (sehala).
- •PROMO: 40km pertama PERCUMA tertakluk kuota slot transport percuma bagi tarikh majlis tersebut. Selepas kuota tarikh itu penuh, caj dikira untuk jarak penuh.
- •Jarak lokasi Nikah & Sanding mestilah kurang 20km. Jika lebih, dikenakan Caj Tambahan Transport RM1/km.
- •Outdoor termasuk liputan 20km perjalanan. Jarak lebih dikenakan caj transport oleh Fotografer/Videografer RM1/km.
- •Caj tol dan parking sepanjang perjalanan jurugambar/videografer ke lokasi majlis ditanggung pelanggan, berdasarkan resit sebenar, dan ditambah ke dalam bil akhir.
CAJ TAMBAHAN & SERVIS LAIN
- •Harga pakej untuk 1 pasangan sahaja. Jika ada 2–3 pengantin dalam 1 majlis, caj berbeza dikenakan.
- •Jika terlebih masa, dikenakan caj RM160/jam.
- •Upload FILE RAW (unedited) — Foto: RM75; Video: RM150 (link aktif 30 hari; pendrive & postage dicaj berasingan).